Wednesday, 26 July 2017

Sewah Jambul - Penghijrah yang macho

Chestnut winged Cuckoo atau nama tempatannya Sewah Jambul adalah salah satu spesis burung yang berhijrah ke Semenanjung Malaysia bagi mengelakkan cuaca sejuk di tempat asalnya di sekitar pergunungan Himalaya.

Burung ini adalah satu lifer bagi diri saya. Beberapa rakan pemburung telah berjaya merekodkan kehadiran burung ini di kawasan Pantai Sabak sejak beberapa minggu lalu. Dan setelah mencuba memburung di kawasan ini selama beberapa kali akhirnya saya direzekikan untuk menatap suatu spesis burung yang sangat indah.

Lokasi : Pantai Sabak, Kelantan
Hari dan Tarikh: Jumaat, 14 Julai 2017

Chestnut winged Cuckoo;
Sewah Jambul

Great Egret;
Bangau Besar

Horsfield's Bronze Cuckoo

Friday, 14 July 2017

Cegar, beberek dan babbler di Bukit Bakar

Setelah mendapat beberapa tips daripada rakan pemburung, saya telah memutuskan untuk memburung di Hutan Lipur Bukit Bakar. Antara sasaran utama pada pagi tersebut adalah Beberek Tunggal (Red bearded Bee Eater). Walaupun burung tersebut bukanlah lifer bagi saya, namun ia merupakan sejenis burung yang cantik dan saya belum dapat satu foto yang jelas dan menarik bagi spesis tersebut.

Cuaca yang tidak menentu pada malam sebelumnya dengan hujan yang agak lebat menyebabkan saya teragak-agak untuk meneruskan trip memburung pada hari tersebut. Namun  saya teruskan juga dan berharap cuaca akan bertambah baik pada pagi tersebut.

Setibanya di sana, saya terus menyusuri sungai dengan harapan untuk mencari spesis pekaka (Kingfisher sp). Walaupun tidak mendapat sebarang pekaka namun saya direzekikan dengan burung cegar tengkuk merah (Chestnut naped Forktail). 

Setelah berpatah balik ke tempat letak kereta, saya meneruskan aktiviti memburung di sekitar pejabat perhutanan dan mendapat beberapa spesis beberek sebelum mendaki bukit untuk mencari lebih banyak spesis burung. Beberapa spesis babbler dan burung-burung lain ditemui namun keadaan cuaca yang redup ditambah dengan suasana hutan yang gelap menyukarkan saya mendapat foto-foto yang jelas.

Lokasi : Hutan Lipur Bukit Bakar
Hari dan tarikh : Sabtu, 08 Julai 2017

Chestnut naped Forktail;
Cegar Tengkuk Merah

Chestnut naped Forktail;
Cegar Tengkuk Merah

Chestnut headed Bee Eater:
Beberek Kepala Coklat

Red bearded Bee Eater:
Beberek Tunggal

Blue throated Bee Eater:
Beberek Leher Biru

Pin striped Tit Babbler;
Rimba Berjalur

Grey throated Babbler (juvenile);
Rimba Leher Kelabu

Moustached Babbler:
Rimba Bermisai

Rufous bellied Hawk Eagle

Tuesday, 20 June 2017

Horsfield's bronze Cuckoo di Pantai Sabak

Horsfield's bronze cuckoo adalah satu spesies burung cuckoo yang migrant ke Malaysia dari Australia. Walaupun bukanlah ganjil untuk menemui burung ini di Malaysia namun ia amat jarang sekali direkodkan di negara ini apatah lagi di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia. 

Saya amat bernasib baik untuk menemui spesies burung ini dalam trip memburung pada hari tersebut. Dan burung tersebut masih lagi boleh didapati di kawasan tersebut dalam kunjungan terbaru saya pada minggu lepas. Pada mulanya saya menyangka bahawa burung tersebut adalah Little bronze cuckoo yang residen di Malaysia namun setelah diamati ternyata ia adalah Horsfield's bronze cuckoo. Apa yang membezakan Horsfield's bronze cuckoo dan bronze cuckoo yang lain adalah jaluran coklat yang jelas dibahagian matanya.

Lokasi : Pantai Sabak, Kelantan
Hari dan Tarikh: Rabu, 7 Jun 2017

Horsfield's bronze cuckoo

Perbandingan saiz antara Horsfield's bronze cuckoo dan burung Ciak Rumah

Horsfield's bronze cuckoo

Kelihatan seperti individu yang berbeza. Namun mungkin hanyalah perbezaan pencahayaan dan kedudukan.

Thursday, 8 June 2017

3 lifer dalam satu trip memburung

Lifer merupakan istilah yang sering digunakan oleh pemburung untuk merujuk kepada species burung yang pertama kali dilihat oleh beliau.

Trip memburung bersama seorang rakan pemburung di pagi ini telah menghasilkan 3 lifer atau 3 species burung yang baru pertama kali dilihat oleh saya. Species burung tersebut adalah Little Cormorant (Dendang Kecil), Barn Owl (Jampuk Putih) dan Slaty Breated Rail (Sintar). Bagaimanapun kualiti gambar bagi Little Cormoront dan Slaty Breasted Rail tidaklah begitu baik dan sekadar cukup untuk dikira sebagai "record shot".

Lokasi : Pantai Sabak, Kelantan
Hari dan Tarikh : Sabtu, 3 Jun 2017

Little Cormorant;
Dendang Kecil sedang menangkap ikan

Little Cormorant;
Dendang Kecil

Barn Owl;
Jampuk Putih

Selain burung, "butterlfy lizard" juga boleh didapati dengan banyak di lokasi ini.

White browed Crake;
Sintar Kening Putih

Slaty breasted Rail;
Sintar

Saturday, 27 May 2017

Black naped Monarch di Bukit Bakar

Seingat saya, ini adalah kali kedua saya hiking/memburung di Hutan Lipur Bukit Bakar. Untuk datang ke sini bukanlah sesuatu yang sukar kerana jalan yang menghubungkan kawasan ini dan Kota Bharu agak selesa.

Saya memilih untuk datang pada hari Rabu bagi mengelakkan kesesakan kerana mungkin burung-burung lebih suka menyembunyikan diri dan berada jauh dari laluan utama pada hujung minggu. Laluan untuk hiking ke puncak Bukit Bakar berturap walaupun agak curam di sesetengah tempat namun bukanlah suatu pendakian yang sukar bagi mereka yang mempunyai kesihatan yang baik. Saya turut bertembung dengan beberapa orang pesara yang mendaki dan dari perkongsian mereka kawasan ini memang menjadi tumpuan bagi masyarakat setempat untuk beriadah pada hujung minggu. Saya juga berpeluang untuk melihat dan mengambil foto burung kelicap ranting (Black naped Monarch) yang sedang bersarang dan beberapa burung lain. 

Lokasi : Hutan Lipur Bukit Bakar
Hari dan Tarikh : Rabu, 24 Mei 2017

Black naped Monarch;
Kelicap Ranting

Antara flora di Bukit Bakar

Dark necked Tailorbird;
Perenjak Leher Hitam

Rama-rama "Tree nymph"

Red billed Malkoha;
Cenuk Api




Saturday, 13 May 2017

Memburung sebagai hobi

Salam perkenalan. 

Saya berharap dapat berkongsi gambar-gambar burung yang ada di negara kita kepada semua yang sudi singgah di blog ini. Saya mungkin lebih kerap menggunakan english common name bagi burung-burung yang dikongsi di sini. Segala gambar yang dikongsi di sini adalah hakmilik saya kecuali dinyatakan sebaliknya. Terima kasih kerana sudi singgah.

Lokasi : Kota Bharu, Kelantan
Hari dan Tarikh : Jumaat, 12 Mei 2017


Merbah Kapur;
Yellow vented Bulbul

Merbuk;
Zebra Dove

Ayam hutan (jantan);
Red Junglefowl (male)

Ayam hutan (betina);
Red Junglefowl (female)

Kunyit Kecil;
Common Iora

Rajawali;
Black thighed Falconet