Seingat saya, ini adalah kali kedua saya hiking/memburung di Hutan Lipur Bukit Bakar. Untuk datang ke sini bukanlah sesuatu yang sukar kerana jalan yang menghubungkan kawasan ini dan Kota Bharu agak selesa.
Saya memilih untuk datang pada hari Rabu bagi mengelakkan kesesakan kerana mungkin burung-burung lebih suka menyembunyikan diri dan berada jauh dari laluan utama pada hujung minggu. Laluan untuk hiking ke puncak Bukit Bakar berturap walaupun agak curam di sesetengah tempat namun bukanlah suatu pendakian yang sukar bagi mereka yang mempunyai kesihatan yang baik. Saya turut bertembung dengan beberapa orang pesara yang mendaki dan dari perkongsian mereka kawasan ini memang menjadi tumpuan bagi masyarakat setempat untuk beriadah pada hujung minggu. Saya juga berpeluang untuk melihat dan mengambil foto burung kelicap ranting (Black naped Monarch) yang sedang bersarang dan beberapa burung lain.
Lokasi : Hutan Lipur Bukit Bakar
Hari dan Tarikh : Rabu, 24 Mei 2017
Black naped Monarch;
Kelicap Ranting
Antara flora di Bukit Bakar
Dark necked Tailorbird;
Perenjak Leher Hitam
Rama-rama "Tree nymph"
Red billed Malkoha;
Cenuk Api