Tuesday, 20 June 2017

Horsfield's bronze Cuckoo di Pantai Sabak

Horsfield's bronze cuckoo adalah satu spesies burung cuckoo yang migrant ke Malaysia dari Australia. Walaupun bukanlah ganjil untuk menemui burung ini di Malaysia namun ia amat jarang sekali direkodkan di negara ini apatah lagi di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia. 

Saya amat bernasib baik untuk menemui spesies burung ini dalam trip memburung pada hari tersebut. Dan burung tersebut masih lagi boleh didapati di kawasan tersebut dalam kunjungan terbaru saya pada minggu lepas. Pada mulanya saya menyangka bahawa burung tersebut adalah Little bronze cuckoo yang residen di Malaysia namun setelah diamati ternyata ia adalah Horsfield's bronze cuckoo. Apa yang membezakan Horsfield's bronze cuckoo dan bronze cuckoo yang lain adalah jaluran coklat yang jelas dibahagian matanya.

Lokasi : Pantai Sabak, Kelantan
Hari dan Tarikh: Rabu, 7 Jun 2017

Horsfield's bronze cuckoo

Perbandingan saiz antara Horsfield's bronze cuckoo dan burung Ciak Rumah

Horsfield's bronze cuckoo

Kelihatan seperti individu yang berbeza. Namun mungkin hanyalah perbezaan pencahayaan dan kedudukan.

Thursday, 8 June 2017

3 lifer dalam satu trip memburung

Lifer merupakan istilah yang sering digunakan oleh pemburung untuk merujuk kepada species burung yang pertama kali dilihat oleh beliau.

Trip memburung bersama seorang rakan pemburung di pagi ini telah menghasilkan 3 lifer atau 3 species burung yang baru pertama kali dilihat oleh saya. Species burung tersebut adalah Little Cormorant (Dendang Kecil), Barn Owl (Jampuk Putih) dan Slaty Breated Rail (Sintar). Bagaimanapun kualiti gambar bagi Little Cormoront dan Slaty Breasted Rail tidaklah begitu baik dan sekadar cukup untuk dikira sebagai "record shot".

Lokasi : Pantai Sabak, Kelantan
Hari dan Tarikh : Sabtu, 3 Jun 2017

Little Cormorant;
Dendang Kecil sedang menangkap ikan

Little Cormorant;
Dendang Kecil

Barn Owl;
Jampuk Putih

Selain burung, "butterlfy lizard" juga boleh didapati dengan banyak di lokasi ini.

White browed Crake;
Sintar Kening Putih

Slaty breasted Rail;
Sintar